PENGENALAN RAM
RAM atau nama penuh iaitu Random Access Memory iaitu sekeping papan hijau yang digunakan di dalam laptop atau komputer harian dan ianya sebuah komponen yang wajib ada di dalam sistem komputer
FUNGSI RAM
Kegunaan RAM ialah untuk menampung perisian yang dibuka di dalam sistem komputer sebagai contoh Microsof Office dan pelayar internet. Setiap perisian mempunyai jumlah pengunaan RAM yang berbeza. Bagi perisian editing seperti Photoshop atau Premiere memerlukan jumlah RAM yang tinggi semasa menjalankan perisian tersebut.
APLIKASI RAM
Berbeza dengan storage seperti hard disk, memori RAM hanya bertindak sementara selagi sesuatu perisian dibuka. Nilai RAM akan kembali kepada asal setelah sesuatu perisian ditutup. Jika RAM tidak mampu menampung jumlah RAM yang diminta oleh perisian ianya akan menyebabkan sistem menjadi perlahan dan kemungkinan freeze pada satu jangka masa yang lama. Apa tunggu lagi, matikan suis dan tunggu komputer kembali dihidupkan.
Umpama sebuah gelas saiz M(nilai RAM) yang kosong dituangkan air(perisian dibuka) dan air tersebut akan berkurang selepas diminum (perisian ditutup) maka gelas itu kembali kosong. Jika air yang dituangkan terlalu banyak makan air akan melimpah keluar. Faham ? Hehehe.. Minum air juga adalah satu proses dalam kehidupan seharian.
Selepas perisian ditutup jumlah RAM akan dikosongkan semula mengikut jumlah yang digunakan oleh perisian tersebut. Andaikata, jika sistem menjadi perlahan maka tutuplah beberapa perisian atau kurangkan pengunaan tab dalam pelayar internet boleh mengembalikan sistem pada kelajuan asal.
SLOT RAM
Bagi sebuah laptop slot untuk menambah kepingan RAM adalah terhad bergantung kepada jenis dan spesifikasi laptop berkenaan. Jumlah maksimum RAM juga adalah berbeza mengikut nilai yang boleh ditampung oleh motherboard yang ada di dalam laptop dan komputer.
Kepingan RAM boleh ditukar ganti atau ditambah namun pengguna perlulah melihat spesifikasi dan jenis RAM adalah sama. Sebagai contoh dua kepingan RAM yang sama nilai dari segi jumlah dan frekuensi MHz lebih baik berbanding dua kepingan RAM nilai yang berbeza.
Jenis RAM juga berbeza mengikut perkembangan teknologi sekarang, jenis RAM yang terkini ketika sedang menaip adalah DDR4 yang juga dicatat sebagai PC4 pada kepingan RAM.
HARGA RAM
Pada saat artikel ini sedang ditulis harga RAM pada tahun 2018 boleh dikatakan masih mampu milik namun perubahan harga RAM bergantung kepada permintaan dan pengeluaran yang kini dimonopoli oleh syarikat Samsung. Permintaan RAM terlalu tinggi kerana banyak kompenen lain menggunakan RAM seperti telefon pintar.
UPDATE : RAM pada tahun 2019 adalah lebih murah dan amat berbaloi untuk dibeli pastikan anda beli jenis RAM yang betul ya..
0 Ulasan