![]() |
Ramai telah maklum bahawa Huawei Mate 30 dipasarkan tanpa perkhidmatan Google akibat daripada perang perdagangan US yang menuduh Huawei mengunakan teknologi intipan di dalam hardware mereka. Namun ianya tidak menghentikan penghasilan dan jualan Huawei dalam bisnes telefon :
![]() |
Berikut merupakan tips dan cara macam mana nak guna Huawei tanpa apps dari Google :
1. Mencari apps popular di laman APKMirror yang mana laman yang boleh dipercayai yang mempunyai pelbagai APK file yang terkini untuk install secara manual.
2. Mengunakan browser selain Chrome untuk melayari FB, Insta dan Twitter. Nampak leceh tapi jimat sikit bateri dan kurang sikit gian nak bermedia sosial.
3. Guna kaedah root yang mana korang kena gantikan sistem operasi asal kepada custom rom yang lebih kurang sama. Pastikan korang tahu caranya dan ianya void warrant ya !!
4. Beralih mengunakan apps lain yang mungkin kurang popular tapi perkara ni susah nak buat tapi kalau korang memang Huawei fans jadi bertabahlah. Aplikasi seperti Whatapps memerlukan Google Service mungkin korang beralih guna WeChat ?! 😓
Buat masa ini cuma tips ini sahaja yang boleh dikongsi mungkin ada lagi jadi korang boleh komen di bawah untuk manfaat bersama.
Image credit - https://www.gsmarena.com/huawei_mate_30_pro_rs_watch_gt2_handson-review-1989.php
0 Ulasan