Comments system

Ulasan : Ipad Pro 2020 tanpa BELI




Pada bulan Mac 2020 akhirnya, Apple mengumumkan versi baru Ipad Pro 2020 yang membawa beberapa fungsi baru. Bagi yang berminat bolehlah baca ulasan/review ini dan tahu apa yang ada pada Ipad Pro 2020.

Saiz dan resolusi

Masih lagi membawa dua saiz itu 11 inch dan 12.9 inch serta sama seperti model sebelumnya. Resolusi juga adalah sama iaitu 11-inch: 1,668 x 2,388 dan  12.9-inch: 2,048 x 2,732.

Berat

Berat adalah sedikit bertambah mungkin kerana terdapat kompenen baru yang ditambah

Storan

Ipad Pro bagi versi permulaan mempunyai storan 128GB lebih besar dari model sebelum ini. Paling tinggi storan yang ditawarkan adalah 1TB

Unit Pemprosesan (CPU)



Dikatakan CPU ini dinaik taraf sedikit dari sebelum ini dengan menambah satu core pada unit grafik menjadikan 8 core dan dari segi keupayaan proses adalah sedikit sama dan CPU ini dikenali sebagai Apple A12Z Bionic.

RAM

Nilai RAM juga dinaik taraf kepada 6GB, ini membolehkan lebih banyak apps digunakan pada satu masa.

Kamera


Keupayaan kamera kini adalah lebih kurang sama seperti Iphone 11 dengan penambahan satu lens jenis wide dan satu set lens yang dikenali sebagai LiDAR Scanner yang digunakan untuk fungsi AR+ memberi ukuran lebih tepat dan stabil.

Bateri

Nilai bateri adalah sama seperti sebelum ini dan dikatakan masih mampu bertahan selama 10 jam waktu penggunaan.

Rumusan

Bagi yang sudah lama berminat untuk memiliki iPad Pro, model ini adalah amat digalakan dengan beberapa penambahan baru dan masih lagi mengekalkan harga yang sama seperti model sebelum ini iaitu bermula RM 3500 bagi model Wifi dengan storan 128GB . Jadi buat pilihan yang bijak jadikan pelaburan ini berbaloi untuk masa hadapan.


Catat Ulasan

0 Ulasan