Comments system

Ulasan tanpa membeli iPhone 11 dan iPhone 11 Pro dan Max

Nak beli memang tak mampu, jadi team TulaReporter akan mengulas secara ringkas berdasarkan apa yang telah pihak Apple war-warkan..

Pada tahun ini, Apple mengumumkan tiga jenis iPhone iaitu :

Kredit imej - https://www.theverge.com/

  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro ( Tiga lensa kamera )
  • iPhone 11 Pro Max ( Tiga lensa kamera )
Ketiga-tiga jenis ini hanyalah berbeza dari segi kamera dan juga saiz skrin serta harga yang super awesome..

Perkara yang menarik yang dibawakan oleh iPhone kali ini ialah..


  1. Kuasa CPU yang lebih padu - Sejak tahun lalu kuasa CPU Apple Bionic gagal dipintas oleh pesaing android dan Apple mengekalkan kedudukan mereka pada kali ini dengan A13 Bionic.
  2. Dilengkapi cas pantas 18W - Namun hanya iPhone 11 Pro dan Max sahaja yang dibekalkan dengan pengecas pantas.
  3. Bateri tahan lebih lama - iPhone 11 bertahan sejam lebih lama, iPhone 11 Pro dan Max masing-masing empat dan lima jam lebih lama.. hmmm..
  4. Dilengkapi Mod Malam - Tiada lagi gambar malap yang sukar diambil namun sistem kamera akan secara automatik mengesan mod sesuatu keadaan.
  5. Ultra Wide - Agak lewat tapi berbaloi..
  6. Slofie - Apple mendaftar hak milik Slofie yang mana kamera hadapan kini boleh mengambil video gerak perlahan/slow motion yang mungkin menjadi trend pada masa akan datang.
  7. Audio Tiga Dimensi - Lebih dikenali Audio Spatial dan menyokong teknologi Dolby Atmos.
  8. Face ID lebih pantas - Tiada fingerprint namun Apple meningkatkan kepantas face id tanpa perlu membetulkan posisi iPhone.
  9. Wifi 6 - Menyokong sehingga 1.3GBps tapi pastikan kelengkapan router anda juga menyokong teknologi ini. 

Kebanyakkan teknologi yang diimplementasi pada iPhone 2019 telahpun ada pada pesaing mereka seperti Samsung, Huawei dan Xiaomi serta lain-lain. Namun begitu mungkin Apple membuatnya lebih baik dan stabil untuk digunakan.



Berikut merupakan perkara yang mungkin masih tidak diminati oleh pengemar iPhone..

  1. Harga - iPhone 11 mungkin lebih murah sedikit berbanding tahun lalu tetapi masih mahal dan tidak berbaloi dengan speksifikasi yang diberikan jika dibandingkan dengan pesaing.
  2. Storage asas  - 64GB adalah satu ruang yang sedikit jika anda gemar menyimpan aplikasi yang banyak. 
  3. Kedekut pengecas pantas - Mungkin kos yang tinggi untuk dihasilkan atau strategi marketing namun cas tidaklah sepantas pesaing.
  4. Kamera tiada kawalan manual - Kemungkinan tidak ramai yang mahir gunakan kawalan manual sebab tu Apple tidak sertakan  tetapi harga iPhone seperti ditujukan pada golongan profesional.
  5. Lebih berat dan tebal - Ini mungkin bukan apa yang diimpikan oleh pengguna telefon.
Geng TulaReporter bukanlah ifag atau android fag, apa yang diulas adalah pandangan dan cedukkan dari laman-laman popular yang mengulas iPhone 2019 kali ini, moga ianya dapat menjadi panduan buat pengemar teknologi telefon pintar ini.

Kredit  kepada -
Amanz - https://amanz.my/
Apple -  https://www.apple.com/my/
TheVerge - https://www.theverge.com/

Catat Ulasan

0 Ulasan