Setelah berkali-kali menghantar laman ini pada laman AdSense untuk disemak (review) akhirnya lulus juga untuk iklan AdSense dipamerkan pada laman ini, mungkin ianya titik mula untuk geng TulaReporter lebih giat menghasilkan post yang menarik.
Okey berikut adalah tips dan cara yang telah kami lakukan untuk dapat kelulusan@approval AdSense..
1. Create satu laman blog sama ada blogspot atau wordpress yang percuma sahaja.
2. Pastikan rekaan laman tersebut ringkas dan mudah difahami, digalakkan guna theme yang sedia ada buat sementara.
3. Pastikan tiada servis iklan lain dalam laman tersebut.
4. Bahasa yang digunakan di dalam laman blog adalah disokong oleh google Adsense
5. Hasilkan lebih daripada 10 post yang mempunyai kandungan yang menarik.
6. PASTIKAN !! Tidak menggunakan imej dan kandungan copyright yang diambil daripada Google Search.
7. Pastikan ada jumlah trafik lebih dari 100 secara keseluruhan atau sehari.
8. Jangan beli trafik tulislah dan hasilkan kandungan yang asli dan ikhlas (tips tambahan) he..he..he..
Jadi sekarang anda dah boleh mula daftar AdSense dan mulakan berkarya seperti kami yang mana hanya menyebarkan sumber yang sahih sahaja.
0 Ulasan