Banyak orang memandang rendah perkara ini iaitu mengantuk ketika memandu.. kalau berhenti tepi jalan bahaya pula..nak.. nak kalau tepi
highway.. jadi ni nak beritahu tips biasa yang perlu dilakukan sebelum anda semua memandu.. nampak remeh tapi fikir-fikirkanlah..
TIPS ELAK MENGANTUK KETIKA MEMANDU
1. REHATKAN BADAN - Tidurlah pada waktunya, elakkan memandu kalau tidur lewat malam lagi-lagi kalau perjalanan tu jauh.. tangguhkan seketika sehingga badan segar bugar untuk memandu.
2. ELAK MEMANDU BERSEORANGAN - Biasa kalau dah kahwin, isteri akan jadi JPJ disebelah memerhatikan jalan dan keadaan suami memandu.. dan biasanya isteri juga yang tidur awal.. setelah keadaan selamat.. hehehe..
3. DENGAR LAGU KEGEMARAN - Sekarang di dalam kereta kebanyakkan mesti ada alat canggih
bluetooth untuk disambung pada telefon, jadi pilihlah lagu kegemaran dan nyanyi dengan riangnya agar mata kembali segar.
4. JANGAN MEMANDU MALAM - Mata kita mempunyai had cahaya dan kekuatan untuk bertahan, jadi kalau malam mungkin agak sukar untuk fokus.. jangan paksa, mulakan perjalanan esok pagi kalau ianya tidak mustahak.
5. TOLONG BERHENTI - Jika tidak dapat bertahan, tolong cari kawasan terbuka seperti RnR/Stesen minyak dan pastikan keadaan selamat sebelum lelapkan mata, setkan
alarm agar mudah bangun.. pastikan tingkap dibuka sedikit agar ada udara masuk, jika nak guna aircond, pastikan enjin kereta dihidupkan..kalau tak bateri akan kong..JANGAN TIDUR TERLALU LAMA..
Jika anda sayangkan keluarga pastikan mereka tidak kehilangan anda atau mereka turut sama terkorban atas kecuaian diri sendiri..
Team TulaReporter berharap memandulah dengan berhemat dan sampai ke destinasi dengan selamat,,
0 Ulasan